Wednesday, 7 December 2016

Sinopsis 7 hari mencintaiku di TV3

Shukri yahya, Siti Saleha, TV3, novel, drama, sinopsis


Petikan sinopsis dari drama adaptasi novel 7 hari mencintaiku oleh Siti Rosmizah:

Mengisahkan Khuzairi (lakonan Shukri Yahya), seorang pemuda kampung yang dalam diam mencintai Mia Adriana (Siti Saleha), seorang gadis angkuh dan sombong anak kepada pegawai daerah satu ketika dahulu. namun disebabkan sifat keangkuhan Mia Adriana, Khuzairi langsung tidak pernah berhasrat untuk memilikinya. Satu insiden oleh Helmi, adik Khuzairi menyebabkan mereka berdua berjumpa semula setelah sekian lama tamat alam persekolahan.

Keangkuhan dan kesombongan Mia pada suatu hari memakan dirinya sendiri, kerana terlalu percayakan tunangnya, Khalil, Mia telah menyebabkan bapanya muflis. Malahan, pada malam pernikahan mereka, Khalil telah menghilangkan diri dan menikahi Rita demi kemewahan. Bapa Mia, Datuk Megat yang diserang sakit jantung meminta Khuzairi menjadi penganti Khalil pada majlis pernikahan tersebut. Demi menjaga maruah, Mia telah berkahwin dengan Khuzairi meskipun menganggap Khuzairi tidak setaraf dengannya.

Pernikahan mereka membawa Mia ke kampung Khuzairi. Malangnya dikampung, Mia Adriana menjadi kebencian Mak Leha, ibu tiri Khuzairi. Pergaduhan antara Mak Leha dan Mia diburukkan lagi dengan kehadiran Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi sentiasa digelombang musibah. Khuzairi pada masa yang sama tersepit akibat terlalu menghormati Mak Leha yang telah menjaga dirinya dari kecil sehingga banyak kali melukakan hatinya sendiri.


disebabkan sebuah peristiwa, Mia Adriana mengakui bahawa dalam diam hatinya juga mencintai Khuzairi. Perpisahan antara mereka tanpa sedar menyiksa jiwa Adriana. Malangnya, adakah cukup cinta 7 hari Khuzairi yang perlahan-lahan hilang untuk dikembalikan pada Mia?

Adakah Pak Samad, bapa Khuzairi mampu membela Mia selepas dibuang oleh Khuzairi di dalam rumah keluarganya? Mampukah Syakilla menawan hati Khuzairi dan membatalkan pertungannya dengan Helmi? Dan apakah kesudahan takdir kisah pencintaan antara Khuzairi dan Mia Adriana?

Jangan lupa menonton drama 28 episod ini yang telah pun menemui peminat bermula 7 November lalu di Slot Akasia TV3 setiap Isnin-Khamis jam 7 malam.


p/s: Mentegakeju pon dah terjebak dengan cerita ni. Suka tengok heroin dia watak antogonis sikit. :)

Rujukan:
1. www.mreena.com/2016/07/sinopsis-drama-7-hari-mencintaiku.html